
Ramai yang suka ikan keli goreng garing atau sambal, tapi tak ramai tahu cara hilangkan lendir. Kalau tak kena cara, ikan boleh hanyir dan meletup bila digoreng. Sebab itu penting tahu petua cuci ikan keli yang betul.
Dengan langkah mudah ini, lendir ikan keli boleh hilang sepenuhnya, bau hanyir pun tak ada dan ikan pun jadi lebih sedap bila dimasak. Tak payah risau lagi nak menggoreng sebab ikan tak akan meletup dalam minyak panas.
Bukan saja senang, tapi hasilnya memang puas hati. Selepas ini kalau teringin nak makan ikan keli goreng rangup, anda boleh cuba petua yang MyResipi kongsikan di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ikan Bilis Murah Pun Boleh Jadi Rangup, Guna Petua Ini Dijamin Tak Liat Bila Goreng!
PETUA CUCI IKAN KELI SUPAYA HILANG SEMUA LENDIR

Ini cara mudah untuk hilangkan lendir ikan keli sebelum dimasak:
- Basuh ikan keli dengan air bersih.
- Bilas sekali lagi, kemudian rendam dengan air kapur makan (1 sudu) dan sedikit limau nipis. Cuci dan bilas.
- Rendam pula dengan tepung gandum dan limau. Cuci dan bilas lagi hingga bersih.
- Akhir sekali, kelar ikan keli seperti dalam gambar dan rendam sekejap dengan air perahan limau nipis. Jangan rendam terlalu lama supaya isi ikan tak rosak.
Bila lendir dah hilang sepenuhnya, ikan keli boleh diperap dengan garam kunyit dan terus digoreng. Hasilnya ikan lebih bersih, tak hanyir, tak meletup, dan lebih sedap dimakan!
Sumber: Yatie Halim
Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














