
Selepas fasa pertama kempen Makan Sini Best oleh MyResipi berlalu Ogos lalu, lebih 100 respon diterima oleh pembaca yang mencalonkan kedai nasi lemak kegemaran mereka.
Hasilnya, lima jenama nasi lemak paling popular yang mendapat jumlah pencalonan tertinggi berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang”.
Baca Juga: Resipi Warisan, Sambal Pekat & Bungkus Daun Pisang Jadi Tarikan Nasi Lemak Tok Ami
Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ
5 Finalis Nasi Lemak Paling Best
View this post on Instagram
Nasi Lemak Yam Yam – Tarikan utama terletak pada sambalnya yang pedas & masin seimbang, tidak terlalu manis, dengan nasi wangi beraroma jintan manis.
View this post on Instagram
Nasi Lemak Saleha – Terkenal dengan nasi yang suam, rasa kaya, sambal ‘just nice’, serta lauk rendang ayam yang buat ramai pelanggan kembali lagi.
View this post on Instagram
Nasi Lemak Village Park – Ayam goreng berempah rangup di luar, lembut berjus di dalam, dipadankan dengan nasi santan segar gabungan beras basmati dan biasa untuk tekstur ringan dan harum.
View this post on Instagram
Nasi Lemak Tamparuli – Dibalut daun pisang dengan nasi lemak santan wangi, sambal tumis pekat dan lauk pelengkap seperti ayam goreng berempah & paru sambal yang memang mencurah selera.
View this post on Instagram
Nasi Lemak Tok Ami – Keistimewaan pada sambalnya yang dimasak hampir 8 jam hingga pekat, dibungkus daun pisang dengan resepi turun-temurun, portion banyak dan harga berpatutan.
🗳 Undi Nasi Lemak & Tentukan Juara!

Undian kini dibuka hingga 7 Oktober 2025 di laman mikro rasmi myresipi.com/makansinibest.
Anda juga bukan saja boleh mengundi nasi lemak kegemaran, tetapi melihat profil kelima-lima finalis, membaca kisah mereka dan menonton video menarik tentang keistimewaan nasi lemak masing-masing.
“Undian daripada rakyat Malaysia adalah kunci untuk menobatkan juara sebenar. Ini peluang kita meraikan pengusaha tempatan yang setiap hari menghidangkan nasi lemak terbaik mengikut cita rasa komuniti,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama REV Media Group.
MyResipi Nak Belanja Makan!
Tak cukup dengan undi, MyResipi turut mengadakan peraduan slogan di Facebook.
Dua pemenang bertuah yang memberi alasan paling meyakinkan akan diraikan di gerai pemenang bersama seorang rakan, selain membawa pulang hadiah menarik seperti Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona European Rose Tableware Set.
Untuk menyertai peraduan ini, anda cuma perlu:
- Sambung ayat ni… “MyResipi kena belanja saya dan seorang kawan makan Nasi Lemak di kedai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang kerana…” di hantaran peraduan Facebook MyResipi
- Tulis ayat paling padu, lawak, sweet atau penuh semangat berserta hashtag #MakanSiniBest. Asalkan kreatif!
- Tag sekali seorang kawan yang anda nak ajak makan tu!
- Jangan lupa Like, Share post ni dan pastikan profile dalam mod public!
Cepat tulis komen anda kerana tarikh tutup penyertaan adalah 30 September 2025!
🎉 Acara Mini “Makan Sini Best” – 9 Oktober 2025
Kempen ini akan mencapai kemuncaknya pada Khamis, 9 Oktober 2025 melalui acara mini khas di kedai juara terpilih nanti. Pengunjung boleh menikmati:
-
100 nasi lemak percuma untuk pengunjung terawal
-
Produk tajaan daripada Sunshine Bakeries Malaysia & ZUS Coffee
-
Pelanggan ke-50 akan membawa pulang LE NONA Tropical Orchid Tableware Set
-
Peluang berjumpa vendor pemenang secara langsung
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Undi sekarang di myresipi.com/makansinibest dan datang beramai-ramai pada 9 Oktober untuk meraikan wira nasi lemak pilihan anda.
Ikuti MyResipi di Instagram, Facebook & TikTok (@myresipi) untuk kemas kini terkini dan konten eksklusif di sebalik tabir.
Baca Juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














