khasiat taugeh

Ramai yang suka makan tauge, tapi ada juga yang kurang gemar. Sebenarnya, rugi besar kalau tak makan sayur kecil ini kerana khasiat taugeh memang sangat banyak.

Sayur tauge juga mudah didapati, mudah dan cepat dimasak. Sama ada digoreng, dicampur dalam sup, dibuat ulam atau dimakan mentah bersama sambal kicap, khasiatnya tetap sama.

Nak tahu apa yang menarik tentang khasiat tauge? Jom kita tengok manfaatnya satu per satu menerusi artikel yang kami kongsikan di bawah ini.

Baca juga: Petua Segarkan Tauge Yang Lebam & Hitam, Rendam Dalam ‘Bahan Ini’ Auto Jadi Putih Berseri!

KHASIAT TAUGEH UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

khasiat taugeh

1. Kaya dengan vitamin dan mineral

Tauge mengandungi vitamin C, vitamin K, folat, zat besi dan magnesium yang penting untuk sistem imun, kesihatan tulang dan pembentukan darah.

2. Bagus untuk pencernaan

Kandungan serat dalam tauge membantu melancarkan sistem penghadaman. Kalau anda kerap sembelit, amalan makan tauge boleh jadi salah satu jalan penyelesaian mudah.

3. Membantu kawal berat badan

Tauge juga rendah kalori dan tinggi serat, menjadikan kita cepat kenyang walaupun makan dalam jumlah sedikit. Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

4. Baik untuk kesihatan jantung

Dengan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL), khasiat taugeh turut memberi kesan baik pada aliran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

5. Sumber protein berasaskan tumbuhan

Walaupun kecil, tauge ada kandungan protein yang membantu dalam pembinaan otot dan menambah tenaga harian.

Sumber: HeloMedik

Baca juga: Resipi Tauge Goreng Sedap & Mengenyangkan, Cara Buat Pun Sangat Mudah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN