cekodok pisang tak berminyak

Mudah saja rupanya nak buat cekodok pisang tak berminyak dan rangup. Hanya perlu bancuh pisang ranum dengan tepung beras saja. Guna dua bahan ini dah cukup buat cekodok rangup di luar, lembut di dalam.

Teksturnya ringan dan tak keras walaupun dah sejuk. Manis asli pisang ranum pun dah cukup, jadi tak perlu tambah gula pun boleh. Sekali cuba, confirm terus jatuh hati dengan cekodok pisang ini.

Baca juga: Resipi Cekodok Durian, Bau Harum Waktu Goreng Buat Tak Sabar Nak Ngap!

RESEPI CEKODOK PISANG TAK BERMINYAK

cekodok pisang tak berminyak

Bahan-bahan:

  • Pisang masak ranum (ikut banyak mana nak buat)
  • Tepung beras secukupnya
  • Gula (jika suka, ikut selera)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Lenyekkan pisang masak ranum dalam bekas besar sampai halus.
  2. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit, gaul sebati. (Pastikan jangan cair, bancuhan biar pekat supaya cekodok tak serap minyak banyak).
  3. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula. Kalau tidak, biarkan saja sebab pisang ranum dah cukup manis.
  4. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  5. Ambil bancuhan pisang dengan sudu, jatuhkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  6. Goreng hingga keemasan dan garing di luar. Angkat dan toskan minyak.

Sumber resipi dan gambar: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Cekodok Jagung Lemak Manis & Wangi, Tak Guna Air Panas Pun ‘Kembung’ Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN