pekerja kedai makan

Kadangkala tak kisah pun jika harga makanan agak mahal, asalkan berbaloi dengan apa yang dihidangkan. Tapi jika pekerja kedai makan itu memberi layanan yang kurang mesra, mood pun hilang dibuatnya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Nor Shazwani Shamshudin berkongsi kisahnya makan di sebuah kedai. Sayangnya, pengalaman dengan pekerja kedai makan itu cukup mengecewakan.

Baca juga: Nak Beli Tauhu Bergedil Tapi Kanak-Kanak Ini Cuma Ada RM1, Reaksi Peniaga Buat Netizen Menangis

PEKERJA KEDAI MAKAN MEMBERI LAYANAN YANG KURANG MESRA

pekerja kedai makan

Shazwani cerita, dia makan seorang diri di kedai itu, sambil bungkuskan satu lagi hidangan untuk anaknya, Maiya. Makanan bungkus itu siap dimasukkan pekerja ke dalam plastik dan diletakkan betul-betul di depan kaunter juruwang.

Selesai makan, dia ke kaunter untuk bayar. Tapi layanan yang diterima agak dingin. Katanya, pekerja itu bertanya dengan nada kurang mesra, “makan apa?”.

Shazwani terpaksa buka galeri telefon untuk tunjuk gambar makanan yang dia makan tadi. Apa yang mengejutkan, pekerja itu sambung bertanya dengan suara sedikit meninggi, “yang ni dah kira. Yang bungkus ni lauk apa?”.

Padahal bungkusan makanan itu ada di depan matanya. Pekerja yang membungkus tadi terus menjawab, “Nasi putih dan kari ayam ja…”

Pekerja itu terus menyebut harganya. Bagi Shazwani, memang agak mahal. Tapi sebab makanan sedap dan kedai pun bersih, dia tak kisah untuk bayar.

Perkara yang paling mengecewakan apabila dia hulur duit, pekerja itu pulangkan baki tanpa ucapan terima kasih.

MAHAL BOLEH DITERIMA, TAPI BIADAP TIDAK

“Mahal, sedap, tapi biadap. Memang sekali ni ja aku datang.”

-Nor Shazwani Shamshudin-

Itulah realitinya, pelanggan boleh terima harga tinggi dan masih sanggup datang lagi jika layanan baik. Tapi jika layanan dingin dan biadap, walaupun makanan sedap macam mana sekalipun, sekali datang mungkin sudah jadi yang terakhir.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Shazwani Shamshudin

Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Netizen Minta Dedah Lokasi Kedai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN