
Walaupun jarang memasak, pasti ramai yang sekurang-kurangnya pernah sekali berjaya buat telur dadar sedap. Paling best, ada resipi ringkas ini yang cukup dengan 5 bahan saja.
Sesiapa yang sering berdepan dengan masalah telur dadar yang lembik, tak garing dan cepat layu apabila sejuk, tak perlu risau. Sebenarnya, ada rahsia untuk elakkannya daripada berlaku.
Jom kita tengok resipi telur dadar sedap yang dikongsikan oleh CC NoorisHaris di Facebook ini. Siapa sangka, sebenarnya ada cara untuk buat telur dadar yang rangupnya tahan lama.
Baca juga: Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!
RESIPI TELUR DADAR SEDAP

Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 2 sudu besar tepung beras (dibancuh dengan ¼ cawan air sejuk)
- 1 sudu serbuk perasa
- ½ sudu kecil garam Himalaya
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, pecahkan telur ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bancuhan tepung beras bersama air sejuk (rahsia telur dadar rangup tahan lama), serbuk perasa dan garam.
3. Selepas itu, pukul sebati semua bahan sampai kembang sedikit.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana besar, pastikan minyak sudah panas.
5. Akhir sekali, tuangkan adunan telur dan goreng sampai keemasan. Siap untuk dihidang!

Setelah menggunakan resipi ini, anda akan puas hati dengan hasil telur dadar yang garing di luar tapi tetap lembut di dalam. Cukup makan dengan nasi dan kicap, sudah terasa nikmatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: CC NoorisHaris
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Siam, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














