ayam kunyit

Kalau sebut lauk ayam kunyit, memang jadi kegemaran ramai. Mudah dimasak, cepat siap dan sesuai dimakan dengan nasi panas bersama sambal belacan atau kicap pedas.

Cuma masalahnya, ayam yang digoreng kadang-kadang jadi keras dan kering bila dimakan. Bila isi ayam tak juicy, terus hilang selera nak makan.

Rupanya ada teknik untuk hasilkan ayam yang garing tapi berjus di dalam. Rahsianya adalah perlu guna teknik brine! Ayam perlu direndam dalam air garam sebelum digoreng.

Hasilnya, ayam kunyit anda akan jadi lebih sedap daripada biasa, rangup bila digigit tapi tetap berjus bila kunyah.

Baca juga: Resipi Kurma Ayam Tanpa Letak Santan, Rasa Lebih Ringan & Tak Muak Dimakan!

CARA GORENG AYAM KUNYIT GUNA TEKNIK BRINE

ayam kunyit

Bahan-bahan:

  • 500g ayam (dipotong kecil atau sederhana)
  • 2 sudu besar garam (untuk brine)
  • Air secukupnya (untuk rendaman)
  • 1 sudu kecil garam (untuk perapan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menggoreng:

  1. Rendam ayam dalam air garam selama sekurang-kurangnya 1 jam (boleh lebih untuk hasil lebih lembut).
  2. Toskan dan bilas ayam dengan air bersih.
  3. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit hingga sebati.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam dengan api sederhana hingga garing keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyak.

Tip: Jangan risau, ayam goreng takkan jadi terlalu masin sebab air rendaman akan membantu seimbangkan rasa.

Sumber: Nur Shayma

Baca juga: Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN