
Buat anda yang mahu menyediakan pencuci mulut yang ringkas dan sedap di rumah, boleh cuba resepi Puding Kastard Jagung ini. Makan sejuk-sejuk, badan terus segar dibuatnya.
Paling menarik, cara buat Puding Kastard Jagung ini tak renyah langsung. Tak perlu bahan pelik-pelik, cukup dengan 5 bahan asas yang mudah dapat di dapur atau cari di kedai runcit.
Nak hasil lebih sedap, ikut saja resepi Puding Kastard Jagung oleh Nadirah Mahamad di Facebook yang mudah dan sesuai jadi pencuci mulut untuk dinikmati bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Puding Jagung Cincau, Nak Hasil Berkilat Dan Tak Lembik Kena Tambah ‘Ini’
RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan-bahan:
- 1 tin jagung krimer manis
- 1 tin susu cair
- 3 cawan air
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul sampai sebati.
2. Kemudian, masak atas api perlahan sambil kacau tanpa henti.
3. Selepas itu, teruskan kacau sampai adunan jadi betul-betul likat dan pekat.
4. Seterusnya, tuang ke dalam acuan pilihan.
5. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Siap untuk dinikmati!
Lihat betapa mudahnya cara buat Puding Kastard Jagung ini. Hanya dengan lima bahan asas, dah boleh hasilkan pencuci mulut yang lembut, manis dan sejuk menyegarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nadirah Mahamad
Baca juga: Resepi Puding Tiramisu Kastard, Lembut Berkrim Sampai Melekat Di Hati
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














