resepi pais sotong

Masakan utara memang tak lari dari rasa pedas, pekat dan harum rempah yang buat kita teringat-ingat seperti resepi Pais Sotong Ala Utara ini. Walaupun jarang dibuat, tapi terangkat habis.

Resepi Pais Sotong Ala Utara ini dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook dan pasti buat anda terliur apabila masak sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!

RESEPI PAIS SOTONG ALA UTARA

resepi pais sotong

Bahan utama:

  • Lebih kurang 1kg sotong (disiang, cuci dan kelar, jangan putus)

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering (buang biji, rendam air panas, toskan) (atau 25 biji cili padi kalau nak lebih pedas)
  • 2 biji bawang besar (merah, bukan Holland)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sudu teh biji ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu teh jintan manis
  • ½ cawan air asam jawa (cair)
  • Sedikit air untuk kisar

Bahan lain:

  • ½ biji kelapa parut
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus atau koyak-koyak)
  • ½ sudu besar gula
  • 1 ½ sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • ½ senduk minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, kunyit, air asam jawa dan sedikit air sampai halus.

2. Masukkan kelapa parut, kisar sekejap sahaja (jangan terlalu lama).

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau. Masukkan gula, garam dan bahan perasa. Kacau selalu guna api sederhana.

4. Apabila sambal kelapa sudah garing, masukkan sotong bersama hirisan daun kunyit. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masak sampai sotong lembut, sesuaikan rasa.

Tips ekstra sedap:

  • Selepas sambal kelapa sudah masak elok, gaul dengan sotong, kemudian balut dengan daun pisang.
  • Letak dalam kuali, tutup dengan tudung periuk, masak guna api perlahan sampai betul-betul masak. Hasilnya harum dan lebih padu.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Pais Ikan Paling Mudah, Boleh Guna Cara Kukus Atau Bakar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN