
Pernah potong kentang dan nampak tompok ungu atau hijau di dalamnya? Sesetengah orang fikir ia cuma masalah biasa dan masih boleh dimakan, tapi sebenarnya tompok ungu dalam kentang ini ada maksud tersendiri.
Menurut perkongsian Marn Ali di Facebook, ada yang mendakwa tompok ungu itu menandakan kandungan magnesium tinggi dan berbahaya jika dimakan, tapi ini tak disokong oleh bukti saintifik yang sahih.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan
PUNCA SEBENAR TOMPOK UNGU DALAM KENTANG

Sebenarnya, tompok ungu dalam kentang biasanya berlaku akibat lebam atau kecederaan dalaman padanya ketika proses penuaian, pengangkutan atau penyimpanan.
Apabila sel kentang rosak, tindak balas oksidasi berlaku dan menghasilkan perubahan warna, ada yang jadi ungu, merah atau kecoklatan. Dalam beberapa kes, pigmen semula jadi dalam kentang itu sendiri boleh jadi penyebab warna sebegini muncul.
ADAKAH KENTANG INI MASIH SELAMAT DIMAKAN?
Jawapannya, YA dengan syarat tompok itu kecil, tiada bau pelik dan kentang masih keras seperti biasa. Hanya potong bahagian lebam dan selebihnya boleh dimasak seperti biasa.
Tapi jika tompok ungu itu semakin besar, kentang jadi lembik atau berbau busuk, lebih baik terus buang kerana itu petanda ia sudah rosak.
APA SEBENARNYA YANG PATUT KITA RISAUKAN TENTANG KENTANG?
Paling membahayakan ialah kentang yang bertukar hijau atau sudah bertunas panjang.
Warna hijau menunjukkan kehadiran solanin, sejenis bahan kimia semula jadi yang boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam jumlah banyak. Gejalanya termasuk loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Marn Ali, freepik dari Freepik
Sumber: Marn Ali
Baca juga: 3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging & Ikan, Sesuai Jadi Idea Lauk Harian!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














