
Nak buat keluarga tersandar kenyang di meja makan, tak perlu lauk yang meriah sekalipun. Cukup buat lauk simple seperti resepi Telur Kurma, pasti mereka akan puas makan sampai berselera nanti.
Resepi Telur Kurma yang dikongsikan oleh Dianadiandra Diana di Facebook ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak masak sedap tapi tak nak serabut dengan bahan-bahan rumit. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Kurma Merah Beraroma, Lauk Wajib Cuba Kalau Nak Pikat Selera Bakal Mentua!
RESEPI TELUR KURMA

Bahan-bahan utama:
- Telur ayam
- Garam
- Rempah kurma (jenama Baba’s)
- Santan kotak (110ml)
- Air panas
Bahan tumis:
- Bawang merah (dihiris halus)
- Halia (dhiris nipis)
- Daun kari
- 1 sudu makan bawang merah kisar
- ½ sudu makan bawang putih kisar
- 1 sudu makan halba campur
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Bahan hiasan:
- Bawang besar atau holland (dibelah empat)
- Cili merah atau hijau (dibelah dua)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rebus telur ayam dalam air yang sudah dimasukkan garam, kupas dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan rempah kurma dan kacau bagi garing sekejap.
4. Selepas 2 minit, baru masukkan santan dan kacau rata. Guna api perlahan dan biar sampai pecah minyak.
5. Masukkan air panas ikut nak kuah banyak mana. Jika suka kuah banyak, boleh guna 2 bungkus rempah.
6. Masukkan telur rebus dan naikkan api sedikit (sederhana).
7. Perasakan dengan garam, ajinomoto, sedikit gula dan lada hitam, kemudian biarkan mendidih.
8. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan tutup api. Siap untuk dihidang!
Resepi Telur Kurma ini bukan saja sesuai untuk hari biasa, tapi juga boleh jadi penyelamat apabila tetamu datang tanpa diduga. Paling penting, ia menambat selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Dianadiandra Diana
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Guna Kurma, Sepantas 30 Minit Dah Lembut Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














