resepi meatball homemade

Setiap kali ada masa lapang di rumah, teringin buat kudapan enak untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Apa kata, hari ini anda cuba resepi meatball homemade yang mudah menggunakan air fryer saja.

Meatball yang digoreng sempurna dan digandingkan dengan sos berkrim memang sedap dimakan. Tambahan pula dibuat dengan air tangan sendiri, lebih jimat dan puas hati.

Khalida Kharudin telah kongsikan resepi meatball homemade di Facebook yang sangat mudah dibuat dan boleh dibakar dengan air fryer saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

RESEPI MEATBALL HOMEMADE AIR FRYER

resepi meatball homemade

Bahan-bahan:

  • 800gm daging kisar Ramly
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 sudu besar lada hitam kasar
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 1 hingga 2 parsley
  • 1 biji telur
  • ½ cawan serbuk roti (breadcrumb, boleh ganti tepung jagung)
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul sampai sebati.

2. Kemudian, bulatkkan sederhana besar. Jika nak buat patty burger, bulatkkan besar, kepal sedikit biar padat dan penyek leper.

3. Bagi mendapatkan hasil yang berjus, bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit (guna air fryer pun boleh).

resepi meatball homemade

Tips tambahan:

  • Boleh sejuk bekukan adunan meatball mentah dalam bekas udara untuk dijadikan sebagai stok di rumah.
  • Nak lebih sedap, hidangkan dengan sos berkrim ala IKEA dan kentang putar.

Selamat mencuba!

Sumber: Khalida Kharudin

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Hasil Dari Resepi Homemade Nugget Hanis Zalikha, Sedap Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN