
Jika anda nak buat snek sendiri di rumah tanpa menggunakan makanan sejuk beku, anda boleh gunakan resepi homemade Nugget oleh Hanis Zalikha ini.
Hanis Zalikha sering kongsikan pelbagai resepi homemade yang cukup mudah di media sosial sampaikan ramai pengikutnya yang cuba di rumah, terutamanya golongan ibu.
Nor Atika Nazirah telah kongsikan hasil air tangannya setelah mencuba resepi homemade Nugget oleh Hanis Zalikha dan ternyata ia sangat gebu serta puas dimakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Nugget Ayam Versi Stick, Buat Sarapan Menarik Begini ‘Confirm’ Anak Bangun Awal
RESEPI HOMEMADE NUGGET HANIS ZALIKHA

Bahan A (kisar):
- 2 keping dada ayam
- 1 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 2 biji telur (saiz kecil)
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu tepung serbaguna
- ½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
Bahan B (salutan):
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu serbuk kari ikan
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil smoked paprika
- 1 sudu kecil garam
- Serbuk roti
- 1 cawan air
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar dan proses sehingga menjadi halus. Ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, masukkan semua bahan B ke dalam satu bekas kecuali air dan serbuk roti.
3. Kemudian, kacau rata menggunakan whisk sehingga semuanya tercampur dengan baik.
4. Seterusnya, bentukkan adunan bahan A tadi mengikut citarasa tersendiri. Selain sudu, anda boleh gunakan scoop aiskrim juga jika ada di rumah.
5. Setelah itu, masukkan adunan bahan A yang telah dibentuk ke dalam bekas adunan bahan B dan salutkannya dengan sempurna.

6. Kemudian, bancuh lebihan bahan B tadi dengan secawan air dan celupkan satu demi satu ke dalam bancuhan ini sebelum menggorengnya.
7. Salutkan dengan serbuk roti, kemudian goreng dalam minyak masak yang sudah dipanaskan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Hasil resepi homemade Nugget oleh Hanis Zalikha ini sangat gebu dan kami yakin anak-anak anda akan berselera menikmatinya. Silap-silap, mereka akan minta anda buat lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Hanis Zalikha, Nor Atika Nazirah
Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














