bubur candil

Bubur candil ialah bebola pulut yang kenyal disiram kuah santan pekat. Rasanya cukup berlemak, wangi dengan aroma daun pandan dan manisnya pula memang membangkitkan selera.

Kuih tradisi ini ada mempunyai peminatnya tersendiri, terutamanya apabila dijadikan juadah minum petang. Ia juga enak dinikmati sejuk selepas disimpan di dalam peti ais.

Baca juga: Resipi Bubur Sum Sum Gedik & Lembut, Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk!

RESEPI BUBUR CANDIL PELANGI

bubur candil

Bahan bebola candil:

  • 3 cawan tepung pulut
  • Santan cair secukupnya
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 ½ sudu besar gula halus (optional)
  • 2-3 liter air untuk merebus
  • 2 helai daun pandan (simpul dan masukkan dalam air rebusan)
  • 2 liter air sejuk untuk merendam bebola selepas direbus

Bahan kuah santan:

  • 1000 ml santan pekat
  • 100-150 g gula pasir (ikut cita rasa manis)
  • 2-3 sudu besar sagu (optional), direndam dengan air panas
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 sudu teh tepung ubi atau tepung jagung (optional), larutkan dengan sedikit air

Cara buat bebola candil:

  1. Satukan tepung pulut, garam dan gula halus.
  2. Tuangkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, boleh letak pewarna jika suka.
  4. Gentel doh menjadi bebola kecil sehingga habis.
  5. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk sehingga menggelegak.
  6. Masukkan bebola candil ke dalam air mendidih.
  7. Masak sehingga bebola timbul di permukaan air.
  8. Angkat bebola menggunakan penapis, kemudian rendamkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya tidak melekat antara satu sama lain.

Cara buat kuah santan:

  1. Masak santan bersama gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Masukkan sagu yang sudah direndam, masak sehingga sagu jernih.
  3. Jika mahu kuah lebih pekat, boleh masukkan larutan tepung ubi/jagung.
  4. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Toskan bebola candil dari air sejuk, masukkan ke dalam kuah santan.
  6. Kacau sekejap atas api perlahan, kemudian tutup api.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Alin Noor

Baca juga: Bubur Butir Nangka, Kenyal Dan Lembut Sampai Tak Cukup Makan Semangkuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN