
Seorang pempengaruh berkongsi detik cemas yang hampir meragut nyawanya apabila berlaku insiden semasa dia menggunakan mesin blender mudah alih (portable blender) di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Wan Nur Aisyah Wan Aziz, atau lebih dikenali sebagai Aisyah, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menyiapkan bahan masakan untuk memasak daging goreng.
Siapa sangka, mesin pengisar kecil yang sepatutnya memudahkan kerja dapur boleh bertukar menjadi alat yang mencederakan tangan dan wajahnya.
Baca juga: 50 Tahun Disangka Halal, Rupanya Restoran Ayam Goreng Terkenal Di Indonesia Ini Guna Minyak Babi!
MESIN BLENDER BOLEH JADI BAHAYA, WANITA KONGSI DETIK PISAU TERPELANTING!

Aisyah memberitahu ketika itu dia mahu mengisar bawang putih. Pada masa yang sama, dia cuba membetulkan kedudukan mata pisau blender kerana nampak tidak berada di posisi yang betul.
Namun, dia tidak sedar suis pada plug di dinding sebenarnya sudah terpasang. Mesin pengisar jenis cincang (chopper) yang digunakan itu akan berfungsi jika bahagian atas ditekan, berbeza dengan blender biasa.
Malangnya, semasa membetulkan pisau, jarinya tanpa sengaja menekan bahagian atas chopper lalu menyebabkan bilah pisau yang tajam itu berpusing dan terpelanting keluar.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu segera mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengalami pendarahan teruk.
Akibat insiden itu, bahagian dahi Aisyah terbelah dan memerlukan enam jahitan, manakala lima jahitan lagi di bahagian hidung.
Aisyah mengakui kejadian ini cukup memberi trauma kepadanya. Dia berharap perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada orang ramai, terutamanya para ibu, supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan pengisar jenis sama di rumah di rumah.
Sumber: TikTok @aaisyahaziz_
Baca juga: Gara-Gara Telan Segumpal Nasi Sebab Tercekik Tulang Ikan, Ragut Nyawa Lelaki Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














