
Ramai antara kita yang suka memasak pernah kecewa apabila daun masakan cepat layu dalam peti sejuk. Sekarang, jom belajar cara simpan daun masakan agar kekal segar dan tahan lama.
Bagi mengelakkan pembaziran bahan-bahan segar seperti daun kari, daun kesum, limau purut dan serai, anda boleh amalkan teknik freeze drying (pengeringan sejuk) yang dikongsikan oleh Mohd Salleh Mazukhi di Facebook ini.
Dengan teknik ini, daun akan jadi kering tapi masih kekal warna hijau dan aromanya masih kuat. Kaedah ini pada asalnya memang digunakan dalam industri besar, tapi yang menariknya ia boleh buat dengan peti sejuk di rumah juga.
Baca juga: 10 Jenis Daun Untuk Masakan Lebih Beraroma, Kena Kenal Sebelum Kahwin!
CARA SIMPAN DAUN MASAKAN GUNA TEKNIK PENGERINGAN SEJUK

1. Ambil daun-daun segar seperti daun kari, daun kesum, daun limau purut atau apa-apa daun yang biasa digunakan dalam masakan. Asingkan daripada batang dan bersihkan.
2. Masukkan daun-daun ini ke dalam bekas plastik atau tupperware. Jangan padat-padat. Biarkan longgar supaya udara boleh lalu. Jangan tutup bekas tersebut.
3. Letakkan bekas tadi ke dalam peti sejuk biasa (bahagian bawah, tempat simpan sayur). Biar dalam seminggu. Dalam tempoh ini, kelembapan dalam daun akan hilang perlahan-lahan dan daun jadi kering tapi masih kekal hijau.
Hasil daripada cara simpan daun masakan ini, daun akan jadi kering tapi warna masih elok, tak seperti dijemur. Apabila sudah kering sepenuhnya, bolehlah simpan dalam balang bertutup.
Apabila nak guna daun itu, ambil sikit-sikit saja dan bakinya masih tahan lama. Jadi, boleh simpan di luar atau dalam peti sejuk kerana ia tahan sampai berbulan-bulan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Noor Hafiza Mohamad, Facebook Azieyla Wan Dollah
Sumber: Mohd Salleh Mazukhi
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Cara Simpan Halia Tanpa Peti Sejuk, Segar Berminggu-Minggu Macam Baru Beli!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













