kerabu perut kelantan

Banyak pilihan makanan tradisional Kelantan yang boleh buat kita terliur sampai tak sabar nak makan. Salah satunya, mestilah Kerabu Perut Kelantan yang sangat memikat selera.

Walaupun Kerabu Perut Kelantan ini nampak seperti hidangan biasa, tapi jangan salah sangka kerana rasanya boleh buat orang makan bertambah sampai pinggan licin.

Afy AL Habibi telah kongsikan cara memasak Kerabu Perut Kelantan di Facebook yang sangat kaya dengan aroma serta rasa masam manis yang menggoda selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Perut Lembu Yang Mudah, Barulah Hasil Putih Bersih!

RESIPI KERABU PERUT KELANTAN

kerabu perut kelantan

Bahan rebus:

  • Perut (direbus dengan asam keping dan garam serta dihiris nipis)
  • 9 ekor ikan selayang atau sardin sederhana besar (direbus)

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam atau secukupnya
  • 1 sudip gula
  • Secubit serbuk perasa
  • Sedikit air rebusan perut

Bahan lain:

  • Santan pekat dari ½ biji kelapa
  • Sedikit air panas
  • 2 sudip air rebusan perut
  • Sedikit asam limau
  • 2 batang cili merah tanpa biji (dihiris)
  • 1 labu bawang holland (dihiris)
  • 15 batang kacang panjang
  • 2 biji mangga lemak yang belum masak (disagat)
  • Sedikit daun kesum
  • Buah machang atau buah beka (pilihan, dilayur dan dihiris nipis)
  • ½ biji kelapa isi putih (disangai dan dikisar separa halus)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus perut dengan asam keping dan garam secukupnya. Apabila sudah empuk, hiris nipis-nipis.

2. Selepas itu, kisar semua bahan yang disenaraikan bersama sedikit air rebusan perut.

3. Satukan perut, kacang panjang dan mangga yang telah disagat tadi. Boleh guna kacang panjang sepenuhnya. Kena campur sedikit daun kesum untuk menaikkan aromanya.

4. Campurkan isi ikan selayang atau sardin yang direbus, kemudian masukkan kelapa dan satukan semua bahan.

kerabu perut kelantan

5. Seterusnya, masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi.

6. Masukkan juga santan pekat. Boleh campurkan sedikit air panas atau panaskan seketika santan untuk tahan lama. Jangan sampai pecah minyak. Sejukkan seketika sebelum dituang.

7. Kemudian, masukkan 2 sudip air rebusan perut untuk menaikkan rasa. Perahkan sedikit asam limau. Nak lebih sedap, guna asam limau kerat lintang dan gaul sekata.

8. Selepas rasa masam, manis dan masin sudah cukup, taburkan cili merah dan bawang holland yang dihiris tadi. Siap untuk dihidang!

Gabungan rasa pedas, masam dan manis dalam Kerabu Perut Kelantan ini memang kena dengan citarasa orang Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk cuba memasaknya pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Hati Lembu Masak Pengantin, Ada Petua Basuh Hati Lembu Agar Tak Bau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN