
Kalau masak sayur sepinggan, jenuh pujuk anak-anak suruh makan. Tapi bila buat cucur sayur ini, tak sempat sejuk dah licin dimakan! Boleh letak aneka sayur yang disukai.
Cucur ini juga rangup di luar dan lembut di dalam, ia masih sedap walaupun dah sejuk. Rahsianya terletak pada cara membancuh adunan iaitu guna air panas, bukan air sejuk.
Teknik ini bukan sahaja menjadikan cucur lebih rangup, tapi juga tahan lama tanpa lemau. Sesuai dijadikan hidangan waktu pagi atau minum petang. Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos kegemaran.
Baca juga: Resipi Cucur Udang Versi Mak-Mak, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup!
RESEPI CUCUR SAYUR

Bahan-bahan:
- 1 tongkol jagung – buang empulur dan hiris isinya
- 1 cawan ayam kisar
- 1 biji kentang – potong dadu kecil
- ½ biji bawang besar – hiris nipis
- 1 genggam kucai – potong pendek
- Kobis – potong halus
- Lobak merah (carrot) – hiris halus atau potong dadu
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air panas mendidih
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar.
- Tuangkan air panas mendidih sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. (Air panas membantu jadikan cucur rangup!)
- Panaskan minyak dengan api sederhana.
- Ambil sesudu adunan dan jemputkan ke dalam minyak. Goreng sehingga keemasan dan rangup di luar.
- Angkat dan toskan minyak.
- Cucur sayur ini sedap dimakan panas-panas bersama sos cili atau kuah kacang. Selamat mencuba!
Sumber: Khairul Abdullah
Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














