santan kotak besar

Selain rempah kari, santan juga adalah bahan masakan yang wajib ada di dapur. Ramai yang suka beli santan kotak besar, tapi tak tahu cara simpan dan gunakannya dengan betul.

Dari gulai, rendang, nasi lemak sampailah kuih-muih tradisional, semua rasa jadi lebih sedap apabila ada santan. Selain itu, ada juga yang gunakannya untuk buat pencuci mulut.

Tak dinafikan santan kotak besar memang berbaloi dibeli kerana lebih jimat. Tambahan pula, anda tak perlu berulang kali beli santan kotak kecil setiap kali nak masak di rumah.

Setelah membuka santan kotak, ia mudah rosak jika tak disimpan dengan betul. Ramai yang mengadu baru 2 hingga 3 hari, santan sudah berbau masam dan terpaksa dibuang.

Jika anda berhajat untuk beli santan kotak besar, boleh ikut beberapa tips oleh Fazz Ahmad di Facebook ini supaya ia mudah disimpan dan digunakan dengan baik.

Baca juga: Cara Perah Santan Yang Pekat Likat, Teknik Ini Confirm Tak Sakit Tangan

CARA SIMPAN DAN GUNA SANTAN KOTAK BESAR

santan kotak besar

1. Setelah beli santan kotak besar, buka dan bungkuskan dalam plastik aiskrim. Ikat dan letak di bahagian sejuk beku dalam peti sejuk dan bekukan saja.

2. Apabila nak guna, patahkan dan masuk dalam lauk-pauk atau kuih-muih anda.

3. Anda boleh kisar bersama sedikit air untuk mengelakkannya daripada berketul. Jika nak teksturnya cantik, masukkan air suam.

santan kotak besar

4. Jika guna cara ini, masa untuk cair agak cepat sebab saiznya kecil. Jika anda simpan dalam kotak asal, agak lama untuk tunggu ia cair kerana keras.

5. Buat anda yang berkeluarga, jangan lupa untuk tandakan ia sebagai santan kotak di plastik aiskrim kerana takut ada yang anggap ia aiskrim Malaysia. Boleh juga letak dalam bekas biasa.

6. Anda boleh dapat dalam 10 batang dengan menggunakan santan kotak yang mengandungi 1000ml. Bakinya boleh simpan atau terus guna saja untuk memasak.

7. Pastikan untuk tulis tarikh anda buka santan kotak bersama tarikh luputnya kerana takut tersimpan lebih dari setahun.

8. Oleh kerana santan sifatnya berlemak, jika beku ia pasti berketul. Jika nak cairkan lemak itu, kena panaskan. Jadi, boleh kisar dengan air biasa atau air suam. Tak perlu tapis juga.

Jika anda jenis yang kerap memasak dan guna santan hampir setiap minggu, beli santan kotak besar memang satu langkah bijak dan menjimatkan. Tapi pastikan anda tahu cara simpan yang betul supaya tak membazir.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fazz Ahmad

Baca juga: Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN