resepi ikan siakap stim

Kalau sebut resepi ikan siakap stim, mesti terbayang aroma serai dan limau yang menyegarkan, ditambah pula dengan rasa pedas dan masam yang buat kita tak sabar nak suap nasi. Rasanya juga sebiji sama seperti yang dijual di kedai masakan panas Thai.

Ramai yang risau nak masak ikan stim sebab takut ikan bau hanyir. Tapi dengan gabungan bahan segar macam daun ketumbar, cili padi, limau kasturi dan sos ikan, rasa kuah stim ini terus wangi, masam dan pedas.

Apa yang paling menarik, resipi ini tak guna banyak bahan pelik-pelik. Semuanya mudah dicari dan cara masaknya pun ringkas. Sesuai sangat untuk anda yang nak cuba menu sihat tapi masih cukup rasa.

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU

resepi ikan siakap stim

Bahan A (Untuk ditumis / dikukus bersama):

  • Serai – dicincang halus
  • Halia – dicincang halus
  • Bawang putih – dicincang halus
  • Cili padi – dicincang halus (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Beberapa hirisan bawang putih – dihiris nipis
  • Daun ketumbar – dicincang halus bersama batang
  • Akar daun ketumbar – (optional tapi sangat disarankan, kukus sekali)

Bahan B (Sos stim Thai:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Gula (boleh tambah ikut rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 3-4 sudu besar air
  • Perahan air limau kasturi (dari 2-3 biji, ikut rasa masam yang diingini)

Bahan C (Untuk kukusan):

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan dikelar sedikit
  • Beberapa hirisan halia
  • Serai – diketuk

Cara memasak:

  1. Cincang halus serai, halia, bawang putih dan cili padi. Hiris bawang putih nipis untuk tambahan aroma dan tekstur semasa kukus.
  2. Dalam mangkuk, campurkan sos tiram, sos ikan, gula, garam dan air. Gaul rata hingga larut
  3. Masukkan semua bahan cincang (termasuk daun ketumbar dan batangnya) ke dalam mangkuk sos. Tambah perahan air limau kasturi. Gaul rata hingga sebati.
  4. Letakkan hirisan halia dan serai yang diketuk ke dalam perut ikan siakap. Ini membantu mengurangkan hanyir dan memberi aroma segar.
  5. Letakkan ikan dalam loyang atau pinggan tahan panas. Tuang semua bahan campuran sos dan herba tadi ke atas ikan. Kukus selama 15–20 minit (bergantung pada saiz ikan) hingga isi ikan masak sepenuhnya.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas. Aromanya wangi, rasa segar dan pedas-pedas masam, memang buat terliur!

Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Pedas, Sekali Cuba Terus Jadi Peminat Nombor Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN