kek minyak gebu

Jika belum pernah makan Kek Minyak gebu, anda wajib cuba sekali seumur hidup. Kek ini cukup lembut dan wangi, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga tersayang di rumah.

Kek Minyak merupakan salah satu kek klasik yang popular sejak dulu lagi. Bukan setakat sarapan atau minum petang, malah ada yang jadikannya sebagai pencuci mulut untuk kenduri.

Nor Khomariah Norrohman telah sudi kongsikan resipi Kek Minyak gebu di Facebook yang dibuatnya banyak kali kerana sentiasa dapat hasil menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

RESIPI KEK MINYAK GEBU

kek minyak gebu

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan tepung dan baking powder kemudian diayak, ketepikan.

2. Pukul telur bersama gula dan ovalette sampai kembang dan gebu (saya putar dalam 5 minit).

3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla, pukul sebati.

4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

5. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan kaup balik adunan dengan spatula sampai rata.

kek minyak gebu

6. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian dan gaul rata.

7. Sediakan loyang 8 atau 9 inci, lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dengan marjerin.

8. Tuangkan adunan berselang seli warna sampai adunan habis.

9. Bakar suhu 170°C atau bergantung kepada kepanasan oven masing-masing selama 45 minit hingga 60 minit atau sampai kek masak. Siap!

Resipi Kek Minyak gebu ini memang mudah dibuat dan lain macam sedapnya. Walaupun kali pertama cuba, pasti dapat hasil cantik dan menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN