
Kalau anda peminat tegar coklat, resipi ini memang wajib cuba! Kek coklat ganache ini bukan sekadar moist dan lembut, tapi penuh rasa coklat yang mewah dan memikat. Sekali suap, memang susah nak berhenti.
Kalau anda dah bosan dengan kek coklat biasa, versi ganache ini pasti buat anda jatuh cinta. Jom baca sampai habis untuk ketahhui resipi penuh langkah demi langkah.
Baca juga: Cara Buat Kek Batik Klasik, Resipi Tanpa Telur & Tepung Tapi Lembut Bila Digigit
Resipi Kek Coklat Ganache

Bahan A:
- 200 g gula kastor
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu coklat
Bahan B:
- 100 g serbuk koko
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ sudu kecil garam
Bahan C:
- 200 g tepung superfine
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga semua bahan larut.
- Padamkan api, masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan suam sedikit, kemudian masukkan telur, esen vanila dan garam. Kacau sehingga benar-benar sebati.
- Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau hingga tiada ketulan tepung.
- Lapik kertas pembakar dalam loyang bersaiz 8×8 inci. (Rujuk gambar ke-2 – lebihkan kertas supaya mudah untuk keluarkan kek selepas dibakar.)
- Tuang adunan ke dalam loyang, hentakkan sedikit dan bakar pada suhu 150°C selama 45 minit atau mengikut suhu oven masing-masing.
- Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum menuang chocolate ganache.
Resipi Chocolate Ganache
Bahan-bahan:
- 300 g dark chocolate compound
- 250 g whipping cream
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dan cairkan menggunakan kaedah double boil.
- Biarkan sejuk seketika.
- Tuang ganache ke atas kek yang telah sejuk. Hentakkan loyang perlahan-lahan dan cucuk buih di permukaan ganache jika ada.
- Sejukkan minimum 5 jam dalam peti sejuk.
- Selepas 5 jam, tarik kek keluar dari loyang. Kemaskan sisi kek dengan pisau yang direndam dalam air panas.
Tip potong kek: Rendam pisau dalam air panas, lap kering, kemudian potong kek perlahan-lahan.
Sumber: Shaa Rahim
Baca juga: Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














