goreng ikan tak melekat

Ikan goreng ialah lauk paling ringkas, tapi tipulah jika tak pernah hadapi masalah ia melekat pada kuali. Kali ini, kami kongsikan tips goreng ikan tak melekat yang menarik menggunakan baking paper.

Siapa yang tak kecewa apabila angkat ikan goreng, bukan saja kulitnya tertinggal di kuali, malah isinya pun hancur? Situasi begini memang biasa dialami oleh mereka yang baru pertama kali cuba memasak.

Antara sebab ikan mudah melekat pada kuali ialah minyak atau kuali yang belum cukup panas atau jumlah minyak yang terlalu sedikit. Selain itu, jenis kuali yang digunakan juga memainkan peranan.

Kami terjumpa perkongsian cara goreng ikan oleh a_design_momma di Instagram yang sangat menarik dengan menggunakan baking paper saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

TIPS GORENG IKAN TAK MELEKAT GUNA BAKING PAPER

goreng ikan tak melekat

1. Mula-mula, sediakan ikan seperti biasa. Cuci, tos dan lumur dengan garam dan kunyit.

2. Kemudian, panaskan kuali dan tuang minyak. Tunggu sampai minyak betul-betul panas (boleh uji dengan hujung lidi, jika keluar buih, minyak sudah panas).

3. Selepas itu, letakkan sekeping baking paper di dalam kuali dengan menekan perlahan menggunakan sudip dan pastikan tiada gelembung udara.

goreng ikan tak melekat

4. Seterusnya, boleh letak ikan atas baking paper. Biarkan saja ikan dimasak tanpa diganggu selama beberapa minit dan jangan terbalikkan terlalu awal.

5. Apabila bahagian bawah sudah garing, boleh terbalikkan ikan dan boleh lihat ia tak melekat langsung.

6. Apabila sudah masak kedua-dua belah, angkat ikan. Siap!

Setelah menggunakan tips goreng ikan menggunakan baking paper ini, anda akan terkejut dengan hasil ikan goreng yang cantik, tak hancur dan kulitnya rangup sempurna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: a_design_momma

Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN