resepi puding strawberry

Seorang peniaga kek bernama Puan Azlina Ina berkongsi resepi puding strawberry cheese leleh hasil jualannya. Menurutnya, dessert ini merupakan salah satu pencuci mulut yang paling laku keras.

Bukan itu saja, beliau juga tidak kedekut berkongsi resipi lengkap buat mereka yang ingin  membuatnya sendiri di rumah. Jika ada yang berminat nak cuba sendiri di rumah, boleh lihat resipi penuh di bawah ini.

Sumber: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

RESEPI PUDING STRAWBERRY CHEESE LELEH

resepi puding strawberry

Bahan-bahan kek:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perasa strawberi (strawberry paste)
  • ½ sudu besar pewarna merah jambu (pink)
  • ¼ cawan susu strawberi Dutch Lady
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self-rising flour)

Cara buat kek:

  1. Pukul telur, gula, perasa strawberi, pewarna, susu strawberi dan ovalette hingga gebu dan kembang.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan ½ cawan minyak jagung, kacau rata.
  4. Tuang ke dalam bekas bersaiz 450 ml (square 450), kukus selama 10 minit.

Bahan-bahan krim keju (cheese leleh):

  • 500g krim keju (cream cheese)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan krim putar tenusu (whipping dairy)
  • 1 cawan susu penuh krim (full cream milk) – tambah sedikit lagi jika adunan terlalu pekat semasa dikisar

Cara buat krim keju:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian:
  3. Satu bahagian dibiarkan kosong (plain). Satu lagi bahagian dicampur dengan 1 sudu besar pes strawberi dan 3 sudu besar strawberi filling with fruit. Kacau rata.

Cara penyusunan dan hiasan:

  1. Tuang dahulu lapisan krim strawberi (warna merah jambu) di atas kek yang telah dikukus.
  2. Kemudian tuang lapisan krim putih di atasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk (bekukan) selama 1 jam.

Untuk lapisan atas:

  • 2-3 cawan strawberry filling with fruit
  • 1-2 sudu kecil gelatin + sedikit air panas (kacau hingga larut)

Cara-cara:

  1. Campurkan gelatin yang telah dilarutkan ke dalam strawberry filling.
  2. Tuang campuran ini ke atas lapisan krim yang sudah disejukkan.
  3. Hiaskan dengan buah strawberi dari filling tadi di bahagian atas.
  4. Bekukan sekali lagi sebelum sedia untuk dimakan atau dijual.

Baca juga: Azlina Ina Fans

Sumber: Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN