pesta kek

Kalau anda peminat kek tegar, pesta kek ini wajib masuk dalam kalendar! Buat pertama kalinya, Biggest Cake Picnic bakal berlangsung di Malaysia, iaitu di The Space, Menara KEN TTDI.

Menurut sumber dari KL Foodie, acara ini akan berlangsung di kawasan taman yang luas, dengan lebih 500 hingga 600 biji kek pelbagai bentuk, saiz dan rasa menanti untuk dijelajahi dan dinikmati.

Baca juga: Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Pilih Sebagai Hidangan Terbaik!

‘BIGGEST CAKE PICNIC’, PESTA KEK TERBESAR AKAN BERLANGSUNG DI KL

pesta kek

Ia bukan sekadar acara makan-makan biasa, tapi sebuah peluang keemasan untuk berkongsi minat dan kreativiti bersama komuniti ‘cake lover’ yang lain.

Bagi yang ingin menyertai, yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM108 seorang dan peserta dikehendaki membawa sekurang-kurangnya satu biji kek untuk dikongsi bersama tetamu lain.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tak sabar untuk menghadiri acara ini, kerana inilah masanya untuk merasai pengalaman yang sebelum ini hanya dilihat di luar negara.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada Biggest Cake Picnic pertama di Malaysia ini. Jom ajak keluarga dan rakan-rakan!

Sumber: KL Foodie

Baca juga: Piala Emas Untuk Nasi Ulam Bunga Telang, Tukang Masak Malaysia Harumkan Nama Negara di Jepun

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN