
Sambal Kicap menjadi pilihan buat mereka yang suka makan hidangan utama bersama sesuatu yang pedas. Sebenarnya, ada cara buat Sambal Kicap yang mudah dan padu.
Ia cukup popular di kalangan orang Malaysia dan Indonesia yang menggunakan kicap manis sebagai bahan utamanya serta menjadi pelengkap untuk pelbagai hidangan.
Aida A Ibrahim telah kongsikan cara buat Sambal Kicap yang padu di Facebook yang mana ternyata resipi itu daripada suaminya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!
CARA BUAT SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang besar yang bersaiz kecil, cili api, daun kesum dan daun ketumbar jawa ke dalam chopper.
2. Selepas itu, kisar sampai halus.
3. Kemudian, masukkan kicap secukupnya (jika suka cair, letak lebih).
4. Akhir sekali, perah sedikit limau nipis. Siap untuk digunakan!

Nak buka selera untuk makan soto, bihun sup dan ikan bakar dengan lebih lazat, kenalah gandingkan dengan Sambal Kicap. Paling penting, cara membuatnya tak susah mana pun.
Dengan hanya beberapa bahan asas dan langkah mudah, Sambal Kicap yang pedas, manis dan cukup padu ini sedia untuk menambah rasa pada hidangan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida A Ibrahim
Baca juga: Resepi Sambal Hitam Simple, Sampai Hujung Bulan Sedapnya Masih Tak Hilang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














