resepi pisang goreng rangup

Resepi pisang goreng rangup ini berbeza dari pisang goreng biasa. Ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah pula dengan taburan bijan yang menaikkan aroma serta menambah keenakan rasa.

Apa yang lebih menarik, resipi ini sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya pula kebanyakannya sudah tersedia di dapur, jadi tak perlu bersusah payah keluar membeli di pasar raya.

Baca juga: Jenis Pisang Yang Sedap Untuk Digoreng, Yang Terakhir Paling Digilai Ramai!

RESEPI PISANG GORENG RANGUP BIJAN

resepi pisang goreng rangup

Bahan-bahan:

  • Pisang abu – potong 4 atau 5 bahagian (lagi nipis, lagi rangup dan sedap)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar bijan
  • 1 sudu besar marjerin
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka)
  • Secubit garam
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya – bancuhan perlu cair manja-manja saja (tidak terlalu pekat)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua jenis tepung (gandum, ubi dan beras) ke dalam bekas.
  2. Masukkan bijan, marjerin, garam, gula dan pewarna jika digunakan.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan menjadi cair ringan (jangan terlalu pekat).
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Celupkan kepingan pisang ke dalam adunan, kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Jaja Fazurin Jamuliddin

Baca juga: Resipi Pisang Goreng Salut Gula, Makan Dengan Teh O Memang Layan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN