rendang ikan tongkol

Biasanya rendang dimasak menggunakan ayam atau daging. Tapi kalau nak cuba sesuatu yang berbeza, rendang ikan tongkol ini memang pilihan yang menarik. Sesuai sangat hidang masa rumah terbuka Hari Raya, confirm tetamu teruja!

Rendang ini kaya dengan rempah ratus yang meresap sempurna ke dalam isi ikan, menjadikannya sangat enak dan beraroma. Memang sedap dimakan bersama nasi panas, pulut atau lemang. Sekali cuba, mesti nak lagi!

Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!

RESEPI RENDANG IKAN TONGKOL

rendang ikan tongkol

Bahan A (dikisar halus):

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi (boleh ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas

Bahan B:

  • 2 batang serai
  • ½ senduk cili kisar (masukkan semasa menumis)
  • 1 ekor ikan tongkol – potong nipis dan perap dengan asam limau
  • Santan daripada 1 biji kelapa
  • 3 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit – dimayang halus
  • Gula melaka – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Kerisik kelapa

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar bersama cili kisar dan 2 batang serai yang telah diketuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan, asam keping, santan, gula Melaka dan garam.
  4. Masak dengan api sederhana hingga kuah hampir kering, ikut tahap kekeringan yang disukai.
  5. Masukkan kerisik kelapa dan akhir sekali taburkan daun kunyit yang telah dimayang halus.
  6. Siap untuk dihidang!

Sumber: Habibah Husin

Baca juga: Resipi Rendang Udang Pedas & Cukup Rasa, Tetamu Tak Henti Puji ‘Sedap’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN