resepi jeli kelapa

Setiap kali musim perayaan menjelma, pasti ramai yang mencari resepi pencuci mulut yang mudah dibuat. Oleh itu, kami kongsikan resepi Jeli Kelapa yang lembut untuk anda cuba.

Dengan gabungan isi bersama air kelapa yang segar, ditambah pula dengan tekstur yang lembut dan kenyal membuatkan sesiapa saja yang makan Jeli Kelapa pasti terasa nikmat.

Nurul Huda telah kongsikan resepi Jeli Kelapa di Facebook yang dia sering gunakan untuk berniaga dengan modal yang tak terlalu banyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!

RESEPI JELI KELAPA

resepi jeli kelapa

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk jeli kelapa
  • 3 liter air
  • 3 biji kelapa muda
  • 1½ cawan gula (nak manis, boleh tambah lagi)
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong isi kelapa muda dalam bentuk kecil-kecil.

2. Selepas itu, asingkan air kelapa muda.

3. Kemudian, campur serbuk jeli kelapa, air, air kelapa muda, gula, daun pandan dan isi kelapa muda ke dalam periuk.

4. Seterusnya, masak sampai mendidih dan biarkan sejuk sebentar.

5. Setelah itu, boleh isi dalam bekas (saya guna bekas saiz 4oz, boleh dapat dalam 65 hingga 70 bekas).

6. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

resepi jeli kelapa

Resepi Jeli Kelapa ini sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sebarang jamuan dan potluck. Bukan saja cara membuatnya senang, malah bahannya juga jimat dan mudah didapati.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Huda

Baca juga: Lelaki Kongsi Cara Buat Jeli Kelapa Segar, Ramai Puji Hasil Secantik Langit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN