resepi kuah lodeh

Tercari-cari menu raya yang mudah dibuat untuk Hari Raya Aidlilfitri nanti? Jom cuba resepi kuah lodeh yang ringkas dan cepat disediakan ini.

Resipi ini sesuai dimasak dalam kuantiti kecil untuk pagi Hari Raya. Kuah lodeh ini biasanya dinikmati bersama lontong atau nasi impit.

Walaupun ringkas, kuah lodeh ekspres ini tetap mengekalkan rasa asli yang lemak berkrim serta aroma yang menyelerakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Set Nasi Minyak Untuk Pagi Raya, Guna Beras Biasa Saja!

RESEPI KUAH LODEH EKSPRES

resepi kuah lodeh

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk pes masak lemak
  • 1 mangkuk santan kotak
  • 1 mangkuk tauhu goreng
  • 1 mangkuk tempe
  • 1 mangkuk kacang buncis
  • Sedikit serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:

  1. Campurkan pes masak lemak dengan air dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan kacang buncis dan tempe yang telah dipotong.
  3. Selepas itu, tambahkan tauhu pok yang telah dipotong.
  4. Seterusnya, gaul semua bahan hingga sebati dan lembut.
  5. Masukkan serbuk perasa untuk menaikkan rasa.
  6. Kemudian, kacau lagi supaya bahan lebih mesra dan lembut.
  7. Akhir sekali, masukkan santan kotak dan biarkan masak selama kira-kira 15 minit.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi impit atau hidangan pilihan.

Video penuh:

@myresipi

Resipi Campak Campak Raya 2 | Kuah Lodeh Express Bahan: 1 mangkuk pes masak lemak 1 mangkuk santan kotak 1 mangkuk tauhu goreng 1 mangkuk tempe 1 mangkuk kacang buncis Sedikit Maggi secukup rasa #myresipi #resipicampakcampak #indahkanmemori #ramadan2025 #kuahlodeh #lontong #menuraya #masukberandamuu #masukberanda #fypシ゚ #fyp

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

 

Sunber asli dari: MyResipi

Baca juga: Resepi Rendang Sotong, Lauk Untuk Raya Ini Buat Tetamu Tak Ingat Nak Balik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN