mee goreng basah resepi

Mee goreng basah resepi terlajak mudah ini antara yang terbaik untuk dicuba. Memang dijamin tak cari resipi lain dah!

Resipi ini boleh dikatakan sangat ringkas kerana hanya perlu ‘campak-campak’, tapi hasilnya tetap padu dan menyelerakan.

Hidangan ini sesuai untuk anda yang nak masak cepat, tapi tetap sedap sampai buat orang makan bertambah-tambah!

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Rangup Confirm Jadi, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah!

MEE GORENG BASAH RESEPI CAMPAK-CAMPAK

mee goreng basah resepi

Bahan kisar:

  • 4 labu bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Kisar semua bahan ini.

Bahan sos:

  • 3 sudu makan cili boh
  • ½ cawan sos tiram (nak lebih, boleh tambah)
  • 6-7 sudu makan kicap manis
  • 8 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 400ml air masak

Bahan lain:

  • 5 bungkus mee (basuh bersih, toskan dan gaul dengan kicap masin secukupnya hingga sebati)
  • Sayur sawi (asingkan batang & daun)
  • 4 keping tauhu (goreng hingga garing, potong jadi 8)
  • Udang secukupnya
  • Fish ball / fish cake (jika ada, boleh tambah)
  • 4 genggam tauge
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili boh, tumis sampai pecah minyak dan betul-betul masak.
  2. Perlahankan api, masukkan semua bahan sos dan kacau rata. Goreng selama 3 minit.
  3. Tuangkan 400ml air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan udang, mee dan batang sawi. Goreng selama 2-3 minit.
  5. Masukkan daun sawi dan tauhu goreng. Kacau rata dan tutup api.
  6. Alihkan kuali dari dapur, baru masukkan tauge dan gaul sebati.
  7. Nak tambah cili potong pun boleh, kalau tak nak pun tak apa.

Sumber: Becky Miaww

Baca juga: Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN