resepi rendang tok

Hidangan raya rasanya tak lengkap tanpa ketupat dan rendang yang sedap. Sempena Hari Raya ini, kami nak ajak anda buat resepi Rendang Tok Perak Asli yang wajib dicuba.

Rendang Tok Perak Asli adalah salah satu hidangan warisan yang kaya dengan rempah dan daging yang lembut bersama rasa aslinya yang cukup memikat selera.

Roshidah Abu Bakar Shidah telah kongsikan resepi Rendang Tok Perak Asli di Facebook yang dijamin sedap dan pasti keluarga anda memujinya nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi

RESEPI RENDANG TOK PERAK ASLI

resepi rendang tok

Bahan-bahan:

  • 1½kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
  • 3 liter santan
  • 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
  • 2 helai daun kunyit
  • Beberapa helai daun salam
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1½ keping gula nipah atau kabung atau Melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan disangai (goreng tanpa minyak):

  • 1½ sudu makan jintan manis
  • ½ sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:

  • 20 biji cili kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 10 hingga 15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • Bahan yang disangai tadi

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar.

3. Selepas itu, masakkan rempah itu terlebih dahulu.

4. Seterusnya, masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi dan kacau.

5. Masukkan santan, gula Melaka atau kabung, garam, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik, kemudian kacau sedikit dan biarkan ia masak (tambah air jika perlu).

6. Apabila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kemudian kacau.

7. Akhir sekali, masakkan rendang tok ini sampai betul-betul kering supaya ia bertukar warna kehitaman.

resepi rendang tok

Kredit Gambar: Facebook Ida Shahida

Resepi Rendang Tok Perak Asli pasti dapat membawa kenikmatan dalam setiap suapan. Lebih-lebih lagi, ia dapat menjadi hidangan raya bersama keluarga yang penuh bermakna.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Facebook Ida Shahida

Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah

Baca juga: Ayam Rendang Tanpa Santan, Tak Payah Tunggu Raya Kalau Nak Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN