air buah naga

Nikmatnya dapat berbuka puasa dengan minuman sejuk dan menyegarkan seperti air buah naga ini. Ia bukan saja sedap, tapi juga penuh khasiat.

Gabungan buah naga, laici dan mangga memberikan rasa manis semula jadi tanpa perlu letak banyak gula. Baru lagi sihat!

Minuman ini bukan sekadar penghilang dahaga, tapi juga baik untuk tubuh kerana kaya dengan vitamin dan antioksidan. Ditambah dengan ais, setiap tegukan memang rasa nikmat dan menyegarkan!

Cara penyediaannya juga sangat mudah dan cepat, sesuai untuk hidangan berbuka yang ringkas tapi istimewa. Jom cuba buat sendiri di rumah untuk berbuka puasa nanti!

Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Aiskrim Yang Menggoda, Tak Sabar Tunggu Berbuka!

RESEPI AIR BUAH NAGA

air buah naga

Bahan-bahan:

  • Buah naga pink
  • Buah laici dalam tin (ambil buah saja)
  • Buah mangga manis
  • Susu pekat manis
  • Buah kiwi (jika ada)
  • Secawan air
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kupas dan potong buah naga, mangga dan kiwi (jika ada) menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan semua buah yang telah dipotong ke dalam gelas besar atau jag.
  3. Tambahkan juga buah laici yang telah ditapis dari air tin.
  4. Tuangkan susu pekat manis mengikut kemanisan yang diinginkan.
  5. Kemudian, tambahkan secawan air sejuk dan kacau rata supaya semua bahan sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ais secukupnya untuk menjadikannya lebih sejuk dan menyegarkan.
  7. Sedia untuk dinikmati!

Sumber: Mamaa Sal

Baca juga: Air Anggur Laici Ini Memang ‘Perfect’ Untuk Hilangkan Dahaga, Segar Tekak Dibuatnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN