resepi daging hitam

Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap.

Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah.

Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba!

Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya

RESEPI DAGING HITAM

resepi daging hitam

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula)
  • 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap)
  • 1 senduk cili kisar (jika suka pedas, boleh lebihkan)
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Air asam jawa
  • Kicap masin
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perap daging dengan kicap dan gula selama ½ jam (gula dalam 2 sudu besar, kicap pekat, kicap manis jangan banyak sangat sebab semasa menumis nanti nak tambah kicap lain).

2. Apabila sudah selesai perap daging, panaskan 1 senduk atau ½ cawan minyak masak.

3. Setelah itu, masukkan daging yang sudah diperap tadi dan masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit.

4. Kemudian, masukkan cili kisar dan reneh lagi sampai cili betul-betul masak.

resepi daging hitam

5. Selepas itu, masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat (agak-agak saja) serta air asam jawa (jangan banyak sangat, nanti terlebih masam pula).

6. Seterusnya, renehkan daging sampai empuk. Jika kering, tambah air. Jika daging masih belum empuk, tambah saja air lagi.

7. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan gaul sampai daging sebati dengan bawang goreng. Siap untuk dihidang!

Setelah siap buat resepi Daging Hitam ini, anda boleh hidangkannya bersama nasi putih yang panas. Selain itu, ia juga sedap dimakan bersama ketupat atau lemang pada Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Jaja Noriza

Baca juga: Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN