resepi ayam kicap kenduri

Nak makan hidangan berbuka puasa ala kenduri bersama keluarga tersayang, kami cadangkan anda cuba masak resepi Ayam Kicap Kenduri yang mudah ini.

Apabila buat kenduri, ramai yang suka menu Ayam Masak Kicap sebagai lauk yang lazat. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan sebagai hidangan jamuan untuk para tetamu.

Zulfi Azfar telah kongsikan resepi Ayam Kicap Kenduri di Facebook bersama bahan-bahan yang mudah dan hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESEPI AYAM KICAP KENDURI

resepi ayam kicap kenduri

Bahan kisar:

  • 3 hingga 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Cili giling (ikut kepedasan masing-masing)

Bahan-bahan lain:

  • ½ ekor ayam
  • Minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 6 biji bunga cengkih
  • Asam jawa (½ sudu besar jika guna pes asam jawa, kena pandai agak-agak sebab nak bagi rasa masam sedikit saja)
  • Garam
  • Gula
  • Kicap manis
  • 1 hingga 2 tangkat daun kari (bagi naik bau)
  • Serbuk kunyit

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.

3. Setelah naik bau, masukkan bahan kisar (letak gula dalam 2 hingga 3 sudu besar) dan tumis sampi pecah minyak dengan api sederhana. Sambil-sambil kacau, takut hangit.

4. Apabila sudah pecah minyak, boleh masukkan asam jawa dicampur sedikit air bersama garam dan gula jika tak cukup manis.

5. Kemudian, masukkan kicap (tak perlu banyak, nak bagi warnanya hitam sedikit saja dan ada rasa kicap).

6. Apabila sudah cukup rasanya, masukkan bawang hiris bulat-bulat jika suka dan masak sedikit lagi supaya bawang hilang bau pahit.

7. Akhir sekali, masukkan ayam goreng bersama daun kari, kemudian kecilkan api dan gaul sampai mesra. Siap untuk dihidang!

resepi ayam kicap kenduri

Jika lebih suka banyak sambal, anda hanya perlu lebihkan bahan kisar dalam resepi Ayam Kicap Kenduri ini. Sambil-sambil itu, ia boleh jadi idea lauk untuk jamuan Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Zulfi Azfar

Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN