resepi koktel buah

Anda mencari resipi air yang mudah dan sedap untuk berbuka puasa? Apa kata jom cuba resepi koktel buah yang mengiurkan ini.

Memang nikmat dan menyegarkan jika dapat minum, lebih-lebih lagi selepas seharian menahan lapar dan dahaga dalam cuaca panas.

Sekali teguk dijamin tak cukup segelas dan mesti nak tambah lagi! Tunggu apa lagi, jangan lupa cuba resipi ini untuk berbuka puasa nanti ya!

Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Aiskrim Yang Menggoda, Tak Sabar Tunggu Berbuka!

RESEPI KOKTEL BUAH SUSU

resepi koktel buah

Bahan-bahan:

  • 1 tin koktel buah
  • 1 tin susu sejat
  • ½ tin susu pekat
  • 1 tin laici
  • Nata de coco secukupnya
  • Secubit garam
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan susu sejat, susu pekat, garam dan laici bersama sedikit sirap ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. (Asingkan sedikit laici untuk dijadikan topping nanti)
  2. Sediakan satu jug dan masukkan ais.
  3. Tambahkan koktel buah, laici dan nata de coco ke dalam jug tadi.
  4. Selepas itu, tuangkan campuran susu yang telah dikisar tadi.
  5. Air koktel buah susu sedia untuk dinikmati!
  6. Hidangkan sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.

Info: Boleh tambah pelbagai lagi bahan-bahan yang disukai mengikut selera masing-masing.

Sumber resipi dan gambar: NH Yma Nisma

Baca juga: Resipi Susu Kurma Latte Ais Yang Menyegarkan, Minum Tak Cukup Segelas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN