resepi ayam dendeng

Sudah biasa makan daging dendeng saja, jadi kali ini kami nak ajak anda buat resepi Ayam Dendeng paling padu. Kuahnya punyalah sedap, sampai tak perasan bertambah nasi.

Apabila ditanya tentang dendeng, sebenarnya ia merupakan daging kering yang dihiris tipis. Ia diawetkan melalui campuran gula dan rempah serta dikeringkan melalui proses menggoreng.

Kami terjumpa resepi Ayam Dendeng yang dikongsikan oleh Nor Farah Atika di Facebook dan hasilnya mampu membuatkan anda terliur. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Balado Paling Padu, Satu Lauk Je Buat Selera Makan Menjadi-Jadi!

RESEPI AYAM DENDENG

resepi ayam dendeng

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar serai, bawang merah, bawang putih dan halia. Jika nak dendeng pekat dan banyak kuah, boleh lebihkan bawang.

2. Selepas itu, goreng ayam terlebih dahulu, tapi jangan goreng terlalu garing.

3. Kemudian, tumis bahan kisar tadi dengan minyak yang sama goreng ayam.

4. Masukkan 1 senduk cili kisar. Jika nak pedas, boleh lebihkan.

5. Jangan lupa masukkan kicap manis sebab dendeng tak lengkap tanpa kicap.

6. Masukkan daun limau purut yang sudah dibuang uratnya. Jika tak buang, nanti rasa pahit.

7. Masukkan cili api sebab nak bagi pedas. Jika tak nak, tak letak pun tak apa.

8. Seterusnya, masukkan asam keping dan sedikit air supaya berkuah.

9. Perasakan dengan serbuk secukup rasa atau garam dan gula.

10. Setelah itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan kacau sampai sebati.

11. Akhir sekali, biarkan dalam 5 hingga 10 minit, baru tutup api. Siap untuk dihidang!

Resepi Ayam Dendeng perlu dibuat dengan banyak kuah, baru puas. Jika belum pernah makan, kami cadangkan anda cuba sekali seumur hidup kerana lazatnya tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN