air bandung laici

Tercari-cari resipi air yang mudah dan sedap untuk berbuka puasa? Apa kata jom cuba resipi air bandung laici aiskrim yang menggoda ini.

Memang nikmat dan menyegarkan jika dapat minum, lebih-lebih lagi selepas seharian menahan lapar dan dahaga dalam cuaca panas.

Sekali teguk dijamin tak cukup segelas dan mesti nak tambah lagi! Tunggu apa lagi, jangan lupa cuba resipi ini untuk berbuka puasa nanti ya!

Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum

RESIPI AIR BANDUNG LAICI AISKRIM

air bandung laici

Bahan-bahan:

Cara-Cara:

  1. Masukkan laici bersama sirap, nata de coco, susu sejat, susu pekat dan aiskrim ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
  2. Sediakan satu jug dan masukkan ais.
  3. Tambahkan nata de coco dan biji selasih yang telah direndam ke dalam jug tadi.
  4. Masukkan juga campuran laici yang telah dikisar tadi ke dalam jug.
  5. Tambahkan pula sirap rose mengikut cita rasa masing-masing.
  6. Selepas itu, masukkan aiskrim vanilla di atas air sebagai topping.
  7. Air bandung laici aiskrim sedia untuk diminum dan dinikmati!

Sumber resipi dan gambar: NH Yma Nisma

Baca juga: Resipi Susu Kurma Latte Ais Yang Menyegarkan, Minum Tak Cukup Segelas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN