cara simpan kurma

Setelah lama menantikan bulan Ramadan, akhirnya bulan mulia ini tiba jua. Apa yang pasti, kurma tetap menjadi makanan wajib dan anda perlu tahu cara simpan kurma dengan betul.

Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh serta mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Selain itu, kurma mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang baik.

Setiap kali bulan Ramadan, anda dapat lihat betapa banyaknya jenis kurma yang dijual di merata tempat seperti kurma Ajwa, Safawi, Mabroom dan banyak lagi.

Seluruh umat Islam di dunia sekali lagi akan meraikan bulan Ramadan pada tahun ini. Oleh itu, banyak persiapan perlu dibuat seperti beli kurma untuk dimakan ketika sahur dan berbuka.

Tak ramai yang tahu tentang cara simpan kurma yang betul sampaikan ia keras dan cepat berkulat. Sempena bulan Ramadan ini, kami kongsikan tipsnya untuk anda. Jom kita tengok!

Baca juga: Sayur Panjang Tak Muat Dalam Bekas, Guna Tips Simpan Ini Supaya Tahan Lama!

CARA SIMPAN KURMA SUPAYA TAHAN LAMA

cara simpan kurma

1. Setelah beli kurma yang anda sukai, keluarkan semua kurma dari plastik asal.

2. Kemudian, pilih satu bekas yang kedap udara untuk mengelakkan kurma daripada keras dan berkulat.

3. Selepas itu, letakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.

4. Pastikan jangan kena cahaya matahari kerana cahaya dan haba boleh merosakkan tekstur kurma.

5. Jika anda nak kurma tahan berbulan-bulan, boleh simpan dalam peti sejuk.

cara simpan kurma

Kredit Gambar: freepik dari Freepik

Anda disarankan untuk mengambil kurma sebanyak 3 biji sebagai satu sajian ketika sahur dan berbuka puasa. Tambahan pula, ia merupakan salah satu sunnah Nabi yang wajar diikuti.

Tekak mudah kering sepanjang bulan Ramadan, jadi anda perlu simpan kurma dalam peti sejuk supaya ia menjadi lebih sedap dan segar dimakan ketika sahur dan berbuka puasa.

Jangan lupa untuk gunakan cara simpan kurma ini setelah membelinya nanti. Hasilnya, kurma yang disimpan akan jadi lebih tahan lama sampai berbulan-bulan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: rayhanahhq

Baca juga: 9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN