cara masak bihun sup

Cara masak bihun sup sebenarnya sangat mudah jika menggunakan resipi ini. Orang yang malas pun boleh masak!

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya sangatlah ringkas. Sekejap saja dah siap masak.

Kalau nak tahu resipi penuh, jom lihat perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Raden Pateh di bawah.

Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Macam Makan Dekat Kedai!

CARA MASAK BIHUN SUP VERSI MALAS

cara masak bihun sup

Bahan-bahan:

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga naik bau dan wangi.
  2. Apabila bawang sudah wangi, masukkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masukkan perencah bihun PAMA ke dalam kuah, kemudian kacau rata.
  5. Tambahkan telur mengikut kuantiti yang disukai, bergantung kepada selera.
  6. Seterusnya, masukkan fishball dan aneka bebola lain mengikut cita rasa.
  7. Setelah itu, masukkan sayur sawi, tomato dan bihun ke dalam kuah. Pastikan semua bahan tercampur rata.
  8. Biarkan ia mendidih dan bihun lembut. Setelah itu, hidangan siap untuk dihidangkan dan dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Raden Pateh

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN