kek marble klasik

Kek marble klasik ini adalah kek yang mudah dan ringkas. Tidak perlu dekorasi yang berlebihan kerana rasanya sendiri sudah cukup memikat selera.

Bahan-bahannya yang diperlukan juga ringkas dan mudah didapati. Jadi, ia sangat sesuai untuk mereka yang baru pertama kali mencuba.

Hasil kejadiaannya, kek yang dibakar menjadi sangat moist dan lembut. Setiap gigitan memang memikat, makan sekeping dijamin tak cukup.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!

RESEPI KEK MARBLE KLASIK

kek marble klasik

Bahan A:

  • 1/2 cawan butter / marjerin
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum (saya suka jenama Bakers Choice)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu makan susu full cream

Bahan B:

Cara-cara:

  1. Campurkan serbuk koko dan air panas, kacau hingga sebati dan ketepikan. Proses ini dinamakan bloom, di mana serbuk koko dicampurkan dengan cecair panas untuk membebaskan partikel koko dengan lebih baik, menghasilkan rasa yang lebih ‘umph’ pada kek. Ketepikan.
  2. Dalam satu mangkuk, satukan butter atau marjerin bersama gula kastor. Pukul hingga kembang.
  3. Tambahkan esen vanila dan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan susu pekat manis, kemudian gaul rata.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu full cream. Kacau menggunakan spatula sehingga sebati. Jangan terlebih kacau supaya kek tidak menjadi padat.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan serbuk koko tadi.
  7. Oleskan loyang 6 inci dengan sedikit mentega, kemudian masukkan adunan kek ke dalam loyang secara berselang-seli untuk membentuk corak marble yang cantik.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 160°C. Bakar kek selama 35-40 minit, bergantung pada suhu oven masing-masing.
  9. Boleh tambahkan chocolate ganache dan drip sebagai hiasan.

Sumber: Normaliana Abu Bakar

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN