
Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu beza chopper dan blender sebelum menggunakannya untuk memasak.
Banyak peralatan dapur yang membantu kerja memasak jadi lebih mudah dan kami yakin anda sudah pasti biasa dengar tentang chopper dan blender bukan?
Kedua-dua peralatan ini sangat memudahkan kerja untuk memotong bahan masakan di dapur. Senang cerita, tak perlu guna pisau, guna chopper dan blender saja sudah memadai.
Chopper adalah peralatan dapur tanpa elektrik yang boleh membantu anda memotong, mengisar serta mencampur rempah-ratus supaya lebih sebati. Biasanya, ia bersaiz kecil saja.
Blender pula merupakan peralatan yang menggunakan elektrik untuk mengisar bahan sehingga lumat dan saiznya yang besar boleh digunakan untuk mengisar banyak bahan.
Walaupun kedua-duanya berfungsi untuk mengisar bahan, namun ada beza chopper dan blender yang perlu diketahui mengikut kesesuaiannya di dapur. Jom kita tengok perbezaannya!
Baca juga: Beza Buttercup Tong Dan Buku, Salah Satunya Buat Biskut Jadi Lebih Wangi!
BEZA CHOPPER DAN BLENDER
Chopper

Kredit Gambar: Shopee Malaysia
- Saiz lebih kecil dan ringan serta mudah disimpan.
- Tak perlu masukkan air untuk menggunakannya.
- Mata pisaunya lebih besar, panjang dan lebih tajam.
- Digunakan untuk menghiris bahan secara kasar.
- Menggunakan tenaga kerja yang banyak tapi jimat tenaga elektrik.
- Biasanya digunakan untuk mengisar jumlah bahan yang sedikit.
Blender

- Saiz lebih besar dan berat serta makan ruang yang banyak.
- Perlu masukkan sedikit air bagi mengelakkannya mudah rosak.
- Mata pisaunya lebih kecil, pendek dan tajam.
- Digunakan untuk mengisar bahan secara halus.
- Lebih mudah dikisar dengan menggunakan tenaga elektrik.
- Biasanya digunakan untuk mengisar jumlah bahan yang banyak.
Walaupun adanya beza chopper dan blender ini, namun kami berpendapat kedua-duanya wajib ada di dapur kerana sangat berguna untuk memudahkan kerja seharian.
Jika nak potong bahan yang sedikit, boleh gunakan chopper dan begitu juga sebaliknya untuk blender. Jika nak lebih cepat dan jimat tenaga, boleh guna blender saja.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PTA First Electrical
Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














