jejari kentang

Jom cuba resipi jejari kentang keju rangup ini! Sesuai dijadikan kudapan untuk anak-anak, sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah untuk dicuba. Teksturnya juga sangat rangup selepas digoreng.

Lebih sedap lagi jika dicicah dengan sos cili. Bila buat banyak pun tetap tak cukup sebab anak-anak makan sampai berebut!

Baca juga: Resipi Rempeyek Yang Nipis & Rangup, Tak Sakit Rahang Nak Kunyah!

RESEPI JEJARI KENTANG CHEESE RANGUP

jejari kentang

Bahan-bahan:

  • Kentang yang direbus dan dilecekkan
  • Daun ketumbar
  • Carrot yang diracik halus
  • Tepung jagung (ikut sukatan bancuhan)
  • Sedikit garam
  • Keju cheddar yang dipotong dadu halus
  • Serbuk roti spicy

Cara-cara:

  1. Basuh kentang dan buang kulitnya. Kemudian, rebus hingga empuk.
  2. Apabila kentang sudah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan hingga hancur.
  3. Campurkan adunan kentang rebus yang telah dilenyekkan dengan garam, carrot, daun ketumbar dan keju. Satukan dan gaulkan hingga sebati.
  4. Setelah itu, campurkan tepung jagung mengikut sukatan (agak-agak sahaja). Bila pegang adunan, pastikan ia tidak terlalu melekat di tangan.
  5. Bentukkan adunan seperti jejari dan golekkan dalam serbuk roti.
  6. Panaskan minyak dan pastikan api tidak terlalu kuat. Goreng hingga kekuningan, kemudian angkat dan toskan minyak.
  7. Siap dihidangkan.

Sumber: Zana Mokhtar

Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN