resepi makaroni bakar

Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan akhir tahun sekolah anak? Haa, apa kata jom cuba resepi makaroni bakar mini yang kecil comel ini.

Resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Nuralia Idayu ini bukan saja sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, malah juga sesuai dijadikan perniagaan sampingan.

Baca juga: Cutenya Dadih Laici Sumi Ini, Bawa Ke Jamuan Sekolah Anak Confirm ‘Laris’!

RESEPI MAKARONI BAKAR MINI

resepi makaroni bakar

Bahan-bahan:

  • 1 pek macaroni (400 gram) – saya guna jenama Kimball
  • 1 tin sos Prego – Traditional
  • 1 tin sos Prego – Cendawan
  • 3-4 ketul cendawan butang (dipotong dadu)
  • Ayam cincang Ramly (boleh juga guna daging cincang, pilihan)
  • Sosej (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • Serbuk oregano/parsley (jika tiada, tidak mengapa)
  • 4-5 biji telur
  • Cheese slice (jenis apa pun boleh)
  • Mozarella cheese (untuk topping, jika mahu)
  • Saiz cup kecil

Cara-cara:

  1. Rebus macaroni hingga lembut. Masukkan 1 sudu garam dan 2-3 sudu minyak untuk mengelakkan ia melekat. Setelah lembut, toskan.
  2. Tumiskan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam cincang, kacau hingga masak, kemudian tambah sosej dan cendawan.
  4. Tuangkan sos Prego, kacau rata. Jika sos terlalu pekat, tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Gaulkan macaroni dengan sos tersebut hingga sebati, kemudian matikan api.
  6. Masukkan macaroni ke dalam bekas asing kerana ia perlu digaul dengan telur.
  7. Gaulkan macaroni dengan telur hingga sebati, kemudian agihkan ke dalam cup kecil.
  8. Letakkan sehelai cheese slice di atas setiap cup dan taburkan sedikit mozarella cheese serta serbuk parsley.
  9. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit. Siap untuk dinikmati!

Kredit: Nuralia Idayu

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Idea Jamuan Akhir Tahun Anak, Resipi Mac & Cheese Untuk 40 Pek Kecil

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN