cara buat roti puri

Buat peminat makanan India, pasti anda akan teruja dengan cara buat Roti Puri ini. Bukan setakat ia kembang elok, malah ia boleh dihasilkan tanpa yis.

Roti Puri berasal daripada perkataan ‘puri’ atau ‘poori’ iaitu sejenis makanan ringan yang digemari rakyat negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh.

Malaysia popular sebagai negara berbilang kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh itu, tak hairanlah jika Roti Puri turut menjadi kesukaan rakyat Malaysia.

Orang kata, kena pakai yis jika nak ia kembang. Tapi, kami terjumpa cara buat Roti Puri oleh Noraslinda Md Radzhi di Facebook dan hasilnya tetap kembang elok. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Awan Viral 5 Bahan, Gebu Sangat Sampai Rasa Macam Makan Di Langit

CARA BUAT ROTI PURI TANPA YIS

cara buat roti puri

Bahan-bahan:

  • ½kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama baking powder.

2. Selepas itu, masukkan marjerin dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Masukkan susu pekat dan telur, kemudian gaul dan ramas lagi.

4. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tak melekat pada tangan.

5. Seterusnya, bulat-bulatkan dan rehatkan selama 20 minit.

cara buat roti puri

6. Panaskan minyak, gelek doh dan goreng.

7. Sambil-sambil itu, curahkan minyak panas atas roti, nanti akan gelembung.

8. Apabila sudah berwarna perang kecoklatan, boleh terbalikkan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Cara buat Roti Puri ini cukup mudah tanpa menggunakan yis, jadi orang yang baru belajar buat pun boleh cuba. Selain makan dengan sambal tumis, ia juga sedap dimakan bersama kari.

Sesetengah orang suka makan Roti Puri sebagai sarapan pagi, tapi tak kurang juga ada yang menikmatinya pada waktu petang. Apa-apa pun, kelazatannya memang tak disangkal lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

Baca juga: Cara Buat Lempeng Guna Roti Gardenia, Cepat Siap Dengan 5 Langkah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN