biskut lady finger

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan penting untuk membuat tiramisu, termasuk biskut lady finger, sering kehabisan stok di kedai.

Namun, anda tidak perlu risau kerana biskut lady finger boleh dibuat sendiri dengan mudah di rumah. Tanpa biskut ini, memang sukar untuk menghasilkan tiramisu yang seenak di kedai.

Baca juga: Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

RESIPI BISKUT LADY FINGER

biskut lady finger

Bahan-bahan

  • 3 biji telur gred A (asingkan putih dan kuning)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu kecil tepung jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kental dan bertanduk.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu ke dalam adunan putih telur, pukul sebati. Masukkan esen vanila, pukul lagi.
    Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam ke dalam adunan telur. Kaup balik secara perlahan-lahan hingga sebati. Jangan overmix.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozel bulat. Paipkan adunan di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak, membentuk jari-jari panjang.
  4. Bakar selama 25 minit pada suhu 140°C atau hingga biskut berwarna kuning keemasan.
  5. Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Kredit: Atika Russhel Rich

Baca juga: Resipi Tiramisu Tak Perlu Banyak Bahan, Janji Lazat Setanding Dijual Di Kedai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN