Pasti ramai suka makan ubi getuk yang lemak manis, rangup di luar dan lembut di dalam ini. Kuih tradisional ini semakin sukar ditemui, lebih-lebih lagi di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Jadi, apa kata kita buat sendiri getuk ubi kayu di rumah. Caranya mudah sahaja, hanya perlukan ubi kayu dan beberapa bahan mudah yang lain. Lihat resipi penuh di bawah!
Baca juga: Tips Ubi Kayu Goreng Sedap, Kena Buat Petua Rendam Dalam Air Ini
RESEPI UBI GETUK
Bahan-bahan:
- 3 biji ubi kayu besar (kalau kecil ambil 6 biji)
- 1 biji kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula
- 1 sdk garam
- 1 cawan tepung beras (cap gajah)
- 1 biji telur
- 1 sdk serbuk kunyit
- 1 sdk garam
- 2 sdb air kapur
- Sedikit air
Cara-cara:
- Rebus ubi kayu sehingga lembut. Tutup api, tapiskan airnya dan biarkan ubi sejuk.
- Lenyekkan ubi sehingga hancur dan buang uratnya.
- Masukkan sedikit garam, gula dan kelapa parut putih. Gaul rata.
- Setelah sebati, bentukkan adunan ubi menjadi bebola.
- Untuk kulitnya, campurkan tepung beras, serbuk kunyit, garam, telur yang telah dipukul kembang, air kapur dan sedikit air dalam satu bekas. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
- Panaskan minyak dengan api sederhana. Celupkan bebola ubi ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan.
Selamat menjamu selera!
Kredit resipi dan gambar: Norhazlin Zakaria
Baca juga: Ubi Keledek Karamel Garing Di Luar & Lembut Di Dalam, Nikmat Setiap Kali Suapan!