resepi cucur roti

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh ‘selamatkan’ roti itu dengan mencuba resepi cucur roti yang rangup di luar, lembut di dalam. Senang saja nak buat, confirm menjadi!

Cucur roti ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan pagi, minum petang atau sebagai snek ringan. Lagi nikmat kalau makan panas-panas dengan secawan teh O panas.

Resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak di dapur. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya sangat ringkas.

Jom kita cuba resipi cucur roti ini. Selain dapat elakkan pembaziran, kita pun dapat menikmati hidangan yang sedap dan mengenyangkan, anda juga dapat membantu mengurangkan pembaziran makanan.

Baca juga: Resipi Cucur Kentang, Buat Nipis Macam Ini Baru Rangup Krup Krap!

RESEPI CUCUR ROTI RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM

resepi cucur roti

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti – Dicarik-carik atau digunting-gunting, rendam dengan air, tapis
  • Ikan bilis (tumbuk kasar atau blend)
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Jagung
  • Bawang besar
  • Hirisan daun bawang / daun kucai
  • Cili merah (cincang / potong dadu) / serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam – ikut citarasa
  • Tepung gandum – diayak (agak-agak dengan bahan boleh dijemput)

Cara-cara:

  1. Gaul sebati semua bahan sambil tambah tepung sedikit demi sedikit.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Agak-agak boleh dijemput.
  3. Panaskan minyak. Ambil/jemput adunan dengan hujung jari, tolak dengan ibu jari ke dalam minyak.
  4. Goreng hingga kuning keemasan atau keperangan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Siap dan selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rozie Abd Rahim

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN