resepi kuah soto

Nak badan rasa segar setelah penat seharian, mestilah kena hirup kuah sedap yang panas. Paling menarik, ada resepi Kuah Soto yang anda patut cuba di rumah.

Resepi Kuah Soto adalah antara hidangan berkuah sup yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia. Biasanya, ia dihidangkan sewaktu sarapan atau minum petang.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Soto oleh Fauziah Ali di Facebook yang begitu sedap dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESEPI KUAH SOTO

resepi kuah soto

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • Air (untuk merebus)
  • Minyak masak
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 packet rempah soto jenama Sharifah
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 10 kuntum cengkih
  • 25 biji buah pelaga
  • 1 packet kecil pati santan
  • Serbuk lada sulah
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Ajinomoto

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar halus halia, lengkuas, serai, bawang besar dan bawang putih, kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga berbau wangi dan naik minyak.

3. Bancuhkan rempah soto dengan segelas air dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis tadi, kemudian kacau sehingga rata dan naik minyak.

4. Tambahkan air secukupnya ke dalam bahan tadi dan biarkan kuah mendidih sebentar.

5. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.

6. Masukkan pula kiub ayam, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian biarkan kuah soto mendidih dan ayam empuk.

7. Seterusnya, masukkan pati santan, garam halus, gula pasir, serbuk lada sulah, Ajinomoto secukup rasa dan kecilkan api dapur.

8. Akhir sekali, biarkan kuah soto mendidih baru padamkan api. Siap untuk dihidang!

resepi kuah soto

Resepi Kuah Soto ini boleh digandingkan bersama nasi impit, mihun atau mee kuning. Jika ada buat bergedil dan sambal kicap, bertambahlah kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Fauziah Ali

Baca juga: Resepi Sup Siam, Main Ketuk-Ketuk Pun Kuah Rasa Nikmat Lain Macam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN