apam berkuah

Apam berkuah adalah salah satu kuih kampung yang paling popular. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi resipi apam berkuah yang sedap dan lazat serta cara membuatnya.

Untuk membuat apam berkuah, kita memerlukan beberapa bahan penting yang mudah dapat di kedai berdekatan.

Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini dan anda sebagai pembaca wajib cuba di rumah!

Baca lagi: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

RESIPI APAM BERKUAH

Bahan-bahan: 

Bahan A:

  • Gula merah 3 sudu besar
  • Gula putih 2 sudu besar + garam 1/2 sudu kecil
  • Air 2 cawan
  • Gula nisan besar 1 keping
  • Daun pandan 3 helai (optional)

Bahan B:

  • Yis mauripan 1 pek (11g)
  • Gula 1 sudu besar
  • Air 1 cawan

Bahan C:

  • Tepung gandum 300g
  • Tepung beras 300g
  • Pisang 400g (dilenyek/dikisar halus)

Cara Membuat Apam:

1. Masak semua bahan A hingga cair. Tapiskan sebelum campur dengan bahan B dan C.

2. Masukkan yis bersama gula dan air. Kacau rata dan tunggu selama 10-15 minit hingga yis mengembang.

3. Campurkan kesemua bahan A, B, dan C. Kacau rata dan pastikan tidak ada tepung berketul.

4. Perap selama 1 1/2 ke 2 jam.

5. Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20-25 minit bergantung pada pengukus dan acuan.

6. Bila masak, sejukkan selama 5 minit sebelum keluarkan.

Cara Membuat Kuah:

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 2 biji
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit 1/2 inci

Bahan tumbuk:

  • Ketumbar 2 sudu kecil (disangai)
  • Jintan manis 1 sudu kecil (disangai terlebih dahulu)
  • Lada hitam 2 sudu kecil
  • Ikan selayang 2 ekor (direbus dan diambil isi)
  • Rempah masak cap ros 1 sudu kecil (optional)
  • Santan 1 kotak kecil
  • Kerisik 1 sudu kecil
  • Kelapa parut 1 sudu besar (optional)
  • Nisan secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat Kuah:

apam berkuah

1. Tumis bahan kisar halus hingga naik bau.

2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan 1 cawan air dan santan. Masukkan 1 cawan air lagi (kepekatan terpulang pada citarasa).

4. Masukkan ikan, kelapa parut, dan kerisik. nisan, garam, dan gula.

5. Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat.

Bahan Kelapa Parut:

  • Kelapa parut 1/2 biji
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Kelapa Parut:

apam berkuah

1. Untuk membuat kelapa parut, kita perlu menggaulkan semua bahan dan kukus dalam 8-10 minit.

Mudah dan tidak terlalu renyah!

Selamat Mencuba!

Sumber: Muliadi Ramli 

Baca lagi: Resipi Kuih Ropa, Lempeng Berisi Inti Ikan Yang Popular Di Terengganu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN